Saturday, December 28, 2013

 Resepi kuih Badak Berendam
Bahan-Bahan:

1 bungkus tepung pulut
15 helai daun pandan, diambil airnya
2 biji kelapa, sebiji diparut dibuat inti dan sebiji lagi diambil santan pekat
 2 cawan gula merah
Secukup air
Sedikit garam

Cara menyediakan:

1) Bancuh tepung pulut bersama air pandan hingga menjadi doh lembut. Ketepikan. 
2) Kelapa parut dimasak bersama gula merah dan garam hingga menjadi inti. 
3) Bentukkan doh lembut bulat-bulat dan isi inti di dalamnya.
 4) Letakkan doh berinti di dalam bekas dan tuang santan pekat di sekelilingnya. 
5)Kemudian kukus hingga masak 

sumber maklumat diperolehi dari:http://my-resepi.blogspot.com

Friday, December 27, 2013

Selamat Datang ke Restaurant Ala Kampung Sala Nan

Syarikat kami ada menyediakan makanan dan minuman ala kampung. Selain itu, syarikat kami juga ada menyediakan tempahan makanan dan minuman ala kampung terutamanya seperti Roti Canai, Nasi Lemak dan kuih muih. Syarikat kami juga ada menyediakan Cup Cake D'Rasa Kampung Aji dan syarikat kami juga ada menyediakan tempahan Cup Cake untuk majlis perkahwinan dan sebagainya.



kepada pelanggan yang dihargai:

Bagi para pelancong yang sukar untuk mencari restaurant untuk menjamu selera boleh lah datang segera ke restaurant Sala Nan yang terletak sangat strategik di Bota Kiri. Syarikat kami juga ada menyediakan penghantaran pos makanan,minuman dan cup cake kepada pelanggan. 







 Syarikat kami beroperasi di Batu 13, Kampung Aji Bota Kiri 32600 Bota Perak. Syarikat kami telah ditubuhkan pada tahun 1998.

Operasi Syarikat kami dari jam 7.00 a.m - 11.00 a.m dan 5.00 p.m - 10.00 p.m (setiap hari)

sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di
hp : 0111-4727665
email : akmasales280@gmail.com


Jenis makanan Ala Kampung Sala Nan yang disediakan pada waktu pagi:
·                            Roti canai
·                            Nasi lemak
·                           Tepek pisang
             bihun goreng
             mee goreng 
             kueytiaw goreng

·                           Kuih-muih ( cth: limas, badak berendam, lepat ubi, dan pelbagai lagi kuih-muih)              semua minuman dibancuh daripada air dapur tembaga. ( Restaurant kami                       menjerang air menggunakan arang. Rasanya sangat berbeza daripada air dimasak           menggunakan dapur gas.
     
     Jenis makanan Ala Kampung Sala Nan yang disediakan pada waktu petang:
               nasi goreng ikan rebus
                  bihun sup
                  mee sup
                  kueytiaw sup
                  mee kari
                  semua jenis perisa air botol Bota Best

      Keunikan makanan Ala Kampung di Restaurant kami:
·      
       Resepi roti canai di restaurant kami sangat mementingkan tahap kesihatan pengguna.  Contohnya jumlah gula dalam adunan roti canai dikurang malah kerangupan sangat  didahulukan iaitu dengan meletakkan marjerin dan telur dalam kadar yang sepatutnya.

·         Restaurant kami masih mengekalkan pembungkusan nasi lemak di dalam daun bagi  memberi aroma dan keharuman tumbuhan ciptaan allah s.w.t dalam nasi lemak tersebut.  Adakah anda rasa nasi lemak berkolestrol atau tidak? Untuk pengetahuan semua kepada  para pembaca nasi lemak memang tiada kolesterol. Kenapa pulak? Bukankah ia  berlemak tinggi dari santan? Betul. Memang tinggi dalam kandungan lemak tetapi tinggi  lemak bukan bermakna ia tingi kolesterol.Tapi ingat: Lemak dalam nasi lemak adalah  tinggi dengan saturated fat (atau lemak tepu) yang boleh meningkatkan kolesterol badan  tapi nasi lemak sendiri tidak mengandungi kolesterol.( pada waktu pagi)

·        


         Adakah anda pernah makan tepek pisang?? Tepek pisang adalah salah satu makanan dari nenek moyang kita dahulu. mari lah anda semua segera datang ke restaurant kami untuk menikmati tepek pisang ini.






Sejarah Restaurant Ala Kampung Sala Nan

Kehidupan bermula dari kesusahan iaitu  hanya membuka gerai di tepi jalan iaitu menjual kuih-muih semata-mata. Kemudian allah telah memberi petunjuk iaitu mendapat menyewa sebuah rumah kecil dan daripada itu bermulalah kesungguhan untuk mengembangkan perniagaan menjual makanan dan minuman ala kampung. Daripada rumah kecil tersebut secara perlahan-lahan ibu dan ayah memperbesarkan rumah tersebut menjadi kedai dan digabungkan menjadi gerai makanan dan kedai runcit. Bermula lah saat itu ibu dan ayah menanam tekad untuk membuat restaurant sendiri dan sebuah rumah sendiri. Genap lapan tahun iaitu pada tahun 2007 allhamdulillah rumah  dan kedai siap dibina daripada hasil titik peluh perniagaan kecil-kecilan. Semenjak itu ayah menutup kedai runcit kerana ingin membantu ibu untuk memperbesarkan lagi perniaagaan restaurant baru makanan ibu kerana pada waktu kami adik beradik masih bersekolah. Tetapi kini saya sebagai anak sulung daripada ibu (sala) dan ayah (Nan) bertekad ingin mewarisi dan meneruskan restaurant ini supaya berkembang maju di seluruh dunia.